Wahai Muslimah,
Jika datang seseorang lelaki ajnabi berkata;
" Sejuk mata memandang....."
" Inilah ciri-ciri bakal isteri solehah....."
Itu bermaksud dia memandang kamu dengan nafsu syahwatnya kerana sepatutnya lelaki ajnabi harus menundukkan pandangan matanya dan lisannya terhadap mana-mana wanita.
Kamu harus berkata,
"Tundukkan pandangan mata tajam kamu, wahai akhi."
Atau diam lebih baik daripada membalas,
"Alhamdulillah. Terima kasih."
Kerana itu akan membuat lelaki ajnabi tersebut semakin 'menggatal' terhadap anda untuk memulakan berbalas-balas komen sehingga tidak sepatutnya.
Ya akhi, jika dia cantik, pujilah Allah dalam diam, bukan puji dia kerana Allah di hadapannya, dan bukan puji Allah kerana kecantikan ciptaan-Nya di hadapannya juga.
Allahu Robbi.
Via CINTA ALLAH CINTA ABADI
forwarded
No comments:
Post a Comment